Thank you :D

Daisypath Anniversary tickers

Followers

Sunday 10 May 2015

Matrikulasi/Tingkatan 6/Asasi/Diploma

Assalamualaikumwarahmatuwallahiwabarakahtu dan selamat sejahtera . Minta maaf lah macam skema sikit . hehe . Entry kali ini mai nak cerita pasal matrikulasi/tingkatan 6/asasi atau diploma . Sebelum tu mai terangkan serba sikit pasal tajuk ni ye .

Matrikulasi ni ada 2 program . Program 1 tahun(PST) & program 2 tahun(PDT) . Pst ni terdiri daripada 3 aliran . Aliran perakaunan , sains dan teknikal . Manakala , pdt ni pula aliran sains sahaja kalau tak silap . Pertama sekali aliran perakaunan ni ada 4 subjek teras iaitu Perakaunan , Pengurusan Perniagaan , Ekonomi dan Mathematics . Untuk sains pula ada 3 modul . Modul 1 ni macam korang belajar dekat sekolah dulu ada Physics , Biology , Chemistry dan Maths . Modul 2 pula Physics , Chemistry , Maths dan Science Computer dan TIADA BIOLOGI . Modul 3 pula Biology , Chemistry , Sains Comp. dan Maths dan TIADA FIZIK . Aliran teknikal mai tak tahu sangat . Kalau korang nak tahu try search dekat blog lain k . Nanti mai cerita lagi pasal matrik ni ye .

Tingkatan 6 ni ada 3 sem kalau mai tak silap . Yang ni ada aliran sains dan kemanusiaan . Form 6 agak susah juga kalau dibandingkan dengan matrik . Tapi mai berani kata siapa ambil form 6 dan dapat pointer 3.50 dan keatas memang mai salute dia . Bukan senang kot nak score . Tapi atas usaha dan kehendak masing-2 juga kan . Kalau nak tahu lebih lanjut pasal tingkatan 6 better tanya senior korang sebab mai ni dari matrik . hehe .

  Asasi ni pun macam matrikulasi juga . Jalan pendek untuk ke degree . Selalunya asasi ni buat dekat universiti . Rasanya tak banyak beza pun . Tapi tak tahulah kan . Sebab ramai cakap beza dia dekat subjek asasi . Dengar cerita diaorang belajar lebih sikit . Tapi kalau korang dapat tawaran matrik atau asasi dan tak tahu masuk mana baiklah korang buat solat isthakarah .

  Diploma ni memang jalan paling panjang sebelum nak masuk degree . Diploma ni ada yang 2 tahun setengah . Ada juga 3 tahun . Selalunya siapa ambil diploma ni senang dapat kerja sebab diaorang dah ada sijil dah . Banyak je course untuk diploma ni .

  Walauapapun mai nak pesan sebelum korang masuk uni atau mana-2 tempat belajar baiklah korang buat research banyak2 dulu . Memang banyak maklumat korang akan dapat nanti . Semua ni bergantung dekat diri korang juga tau sebab ini melibatkan masa depan korang . Baik korang fikirkan yang terbaik dan buatlah solat istikharah  . Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segala-galanya .
Wallahualam .

Salam ikhlas ,
nurmaisarahisa ☺


Thanks kerana membaca entry Mai.If suka like la ^_^